Doa dan selawat untuk melariskan jualan dan perniagaan



Setiap orang Islam sama ada di dalam kehidupan seharian biasa atau di dalam perniagaan adalah digalakkan berdoa kepada Allah s.w.t sebagai tanda kerendahan dan keperluan makhluk kepada Tuhan yang maha kaya.

Kita juga telah sedia maklum bahawa doa adalah senjata bagi mukmin. Tidak kira untuk apa juga situasi, berdoa adalah dianjurkan di dalam Islam. Bagaimanapun, terdapat beberapa pemahaman tambahan yang perlu anda ketahui tentang kekuatan doa sebagai satu senjata mukmin.

Terdapat 2 situasi berbeza bagi penggunaan doa sebagai senjata:

Bayangkan jika doa adalah senjata dan kita umpamakan senjata tersebut adalah senapang. 

  1. Senapang Berpeluru
    Perumpamaan doa yang disertakan usaha. Usaha dan ikhtiar itu peluru senapang. Jika berburu, senapang yang berpeluru mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya mendapat hasil berburu.
  2. Senapang Tidak Berpeluru
    Perumpamaan doa tanpa usaha. Perhatikan, terdapat banyak kejadian di mana tanpa usaha tetapi rezeki tetap datang kepada kita. Pendeknya walau senapang tersebut tidak berpeluru, tetapi ia tetap adalah senjata yang boleh digunakan sebagai senjata.
Kesimpulannya, doa memang satu senjata! Tidak kira sama ada berpeluru atau tidak. Pengakhiran dan penentuan sama ada berhasil atau tidak adalah hak Allah s.w.t.


Info lanjut tentang penggunaan doa pelaris perniagaan beserta perlaksanaan strategi dan ikhtiar dibincangkan dengan lebih lanjut lagi di dalam artikel ini.

Amalan zikir yang baik untuk melariskan jualan: 

“Lahaula Walakuata Illabillahil Aliyil Adzim”


Selawat yang baik untuk melariskan jualan dan perniagaan (rumi):

“Bismillahirrohmannirrohiimm. Allahumma Sholli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammadin Sholataan Tuwassi’u Bihaa Alainal Ar Razaaq Watuhassinu Bihaa Alainal Akhlaq Wa’alaa Aalihi Washobihii Wa Sallim”


Lain-lain doa untuk melariskan jualan:



Comments

  1. Al-Jumu'ah ayat 11
    بسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
    ۞وَإِذَا رَأَوْا تِجٰرَةً أَوْ لَهْوًا انْفَضُّوٓا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَآئِمًا ۚ قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجٰرَةِ ۚ وَاللَّهُ خَيْرُ الرّٰزِقِينَ۝

    Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezeki.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peluang Untuk Kontraktor & Pembekal Negeri Selangor

Adakah peningkatan jualan 8 kali ganda di dalam masa setahun boleh dilakukan dengan bajet iklan serendah RM227 sebulan?